Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video) Ikut ‘Step’ Ini, Google Maps Akan Paparkan Tempat Yang Korang Pernah Pergi Sejak 2009

Eyla Azri
Kredit: TikTok @lowlevellemmy

Google Maps merupakan salah satu aplikasi atau platform navigasi yang lazim digunakan di seluruh dunia. Aplikasi milik Google ini membolehkan penggunanya melihat peta dengan lebih kompak dengan pelbagai ciri khas seperti audio navigasi, paparan aliran trafik, peta tiga dimensi (3D) dan banyak lagi.

Aplikasi ini secara asasnya memudahkan perjalanan ke mana-mana destinasi tujuan hanya dengan membawa telefon pintar. Tapi korang tahu tak, selain berfungsi sebagai alat navigasi, ada satu ciri ‘tersembunyi’ pada Google Maps yang mungkin anda tak perasan.

Video yang diunggah oleh pengguna TikTok @lowlevellemmy ini menunjukkan satu kemampuan pada Google Maps yang mungkin buat anda rasa ‘diperhatikan’. Video ini mendapat 426.2 ribu tontonan setakat ini.

Nak tahu apa yang Google Maps ‘sembunyikan’ daripada korang, tengok video di bawah.

Cuba korang tengok timeline Google Maps korang pulak.

Sumber: TikTok @lowlevellemmy