Siakap Keli

(Video) “Dia Sayang Kat Adik…” Ibu Kongsi Habit Anak Suka Haiwan Eksotik, Selamba Je Dia Cium Katak

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Tidak dinafikan haiwan peliharaan seperti kucing memberikan kesan positif kepada perkembangan anak kecil. Ibu bapa, cuba perhatikan perwatakan anak anda, mereka ini sebenarnya diajar untuk bertanggungjawab, empati dan simpati.

Selain itu, ia juga mengukuhkan perkembangan emosi, kognitif, sosial dan fizikal seseorang kanak-kanak.

Namun, lain pula kisah adik Aurora yang baru berusia 2 tahun ini yang sangat suka dengan haiwan eksotik. Bukan calang-calang adik ini, dari kecil ayahnya sudah mengajar untuk pegang haiwan seperti ini.

Menerusi satu rakaman video yang dikongsikan oleh ibunya, Hafsah Aca menunjukkan anaknya sangat suka dengan haiwan seperti katak ini, katanya semua haiwan ini sangat comel. Bayangkan kita yang dewasa ini pun rasa ‘geli’ tetapi adik ini selamba je.

“Yang terbawa-bawa dalam mimpi jangan tengok… Besarnya Aurora, sumpah mak takut dik oi, semua comel dapat di Aurora nie…”

Sebab rumah dekat dengan sungai macam-macam binatang akan datang. Katak, ular, biawak..jadi katak tu memang selalu ada kawasan sini…

Aurora nie dari kecik suke binatang macam tu, tak suke mainan sangat. Jadi, ayah dia selalu bagi dia keberanian ajar dia cara pegang katak, lipan, lipas, cicak, biawak dan ular…

Sampai semua dia sayang dan dia akan kata comel…bile dia jumpa binatang yang mati dia akan nangis, dan akan cakap adik sayang comel-comel.

Kata ibu ini lagi, sepanjang anaknya bermain dengan haiwan-haiwan ini, dia tidak pernah terkena jangkitan kuman ataupun gatal-gatal.

“Alhamdulillah tak pernah kena alergik atau naik gatal-gatal ke semua tak pernah.”

Ibu mana yang tidak melarang anaknya untuk bermain dengan haiwan dan serangga ini, malah Hafsah juga selalu melarang anaknya tetapi kerana terlalu sukakan haiwan, anaknya tidak endah.

Untuk tonton video penuh, klik di SINI

 

Sumber: Hafsah Aca

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.