Siakap Keli
Gambar Via Ben Safwan

Wajib Ada 10 Bahan Ini Dah Boleh Buat Sendiri Di Rumah, Abang Ini Kongsi Resepi Mee Celup Sedap

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Sudah lama rasanya tidak dapat menikmati mee celup sedap di kedai ‘akak tom yam’. Maklumlah, semenjak pandemik melanda, kebanyakan dari mereka sudah tidak berniaga dan pulang ke negara asal.

Tetapi tak perlu risau sebab kali ini SK akan berkongsikan resepi untuk membuat mee celup yang super sedap. Bila buat sendiri dekat rumah, bolehlah korang makan puas-puas dan boleh campur dengan kueyteow atau nasi air.

Dengan penyediaan 10 jenis bahan-bahan rencah, resepi dari Ben Safwan ini nampak sangat menyelerakan.

Tak usah tunggu lagi, jom kita tengok resepinya di bawah ini.

Inilah resepi mee celup Ben Safwan antara paling lengkap. Sila ikut tips penyediaan bahan yang sama supaya akak dapat rasa kenikmatan mee celup di level sebenar. Jangan rushing. Ambil masa sediakan bahan rencah dulu.

Dah siap bahan rencah baru buat mee celup meggi celup nasi air ni.Kalau nak buat separuh bahan je, tak sedap bagi tekak Ben dan Ben rela tak buat selagi tak siap semua. Tolong beritahu terima kasih sebab penat Ben menaip Panjang ni.heee

10 bahan rencah yang bawa rasa mee celup ke peringkat lain

1) Resepi Minyak Cili Serai Halia Bawang putih

4 batang serai
Potong pendek, masuk food chopper dan ketepikan

2 labu bawang putih
Kupas,masuk food chopper dan ketepikan

5 cm halia muda
Kupas,masuk food chopper dan ketepikan

½ genggam cili padi
½ genggam cili besar
Potong, masuk food chopper dan ketepikan

Gambar Via Ben Safwan

Guna 2 cawan minyak masak. Goreng satu persatu bahan di atas ikut urutan. Api sederhana kecil ja .Angkat bila garing. Simpan semua bahan termasuk minyak ke dalam bekas kaca.Minyak tu tunggu suam .Masukkan 4 sudu teh serbuk cili untuk lebih sedap.

2) Resepi Air lada

Cincang lada thai setengah genggam guna food chooper tanpa air. Masukkan setengah cawan jus limau thai dalam botol dan 4-5 sudu makan cuka, Biarkan 1 malam di luar dan seminggu dalam peti baru sedap makan.

3) Resepi Lada Solok Jeruk

Potong lah lada solok ikut nak guna banyak mana. Ben guna 1.2-1.5 lada solok. Senang buat banyak sekaligus.
Lps tu rendam dengan air dan masukkan kapur 1/2 sudu makan.
Rendam 1 jam. Tujuan supaya cili tak lembik nanti kekal rangup dijeruk. Faham kan?

Lps tu tos bersih buang rasa kapur tu. Ketepikan.
Didihkan air dalam periuk. Dah mendidih,tutup api.
Masukkan lada dan kacau sebati 30 saat. Ingat 30 saat je. Lps tu cpt2 buang air dia dan alirkan air paip.

Masukkan dalam bekas bersih.
Panaskan 4,5 cawan air dengan 2 cawan cuka ,5-6 sudu makan gula serta 2 sudu teh garam . Lebih/kurangkan bergantung kuantiti dan rasa.

Tak perlu tnggu mendidih. Dah nampak hancur gula garam tutup api. Biarkn sejuk.

Dah sejuk tuang dalam bekas lada tadi dan biarkan semalaman.
Dah boleh makan dah lada jeruk

Gambar Via Ben Safwan

Guna lada solok kalau nak bertambah sedap

4) Kacang tanah

Beli di kedai kacang tanah kisar yang tak berapa halus

5) Serbuk cili thai

Beli di sopi guna keyword ni. Pilih yang halus lagi sedap

6) Serbuk lada putih

Beli di mana-mana ikut akak

7) Ikan bilis rangup

Masukkan 1 genggam ikan bilis dalam air fryer, renjis minyak sikit dan bakar suhu 200 selama 12-13 minit. Confirm garing sedap. Takde Af, goreng manual

8.) Bawang goreng asli

Ben beli yangh 15 inggit sebotol. Yang homemade. Sedappp sangat. Yang tak de tepung berkilo melekat pada bawang.

9) Garam

10) Gula Halus

Bahan Resepi Kuah Mee Celup

Gambar Via Ben Safwan

• 4-5 liter air
• Ayam/perut muda/perut tebal/tulang rusuk/daging
• 1 serai diketuk
• 3 ulas bawang putih ketuk
• 2 batang akar ketumbar ketuk
• 1 cm halia ketuk
• 2 cm lengkuas ketuk
• 1 kayu manis
• 1 sup bunjut
• 1 cengkih
• 2 sudu makan kicap pekat Jalen

Masukkan dalam periuk,ketuk semua yang mana perlu lepas tu masukkan dalam periuk.Renehkan 50-60 minit supaya turun air daging,air ayam tu bagi sedap.Tak perlu perasakan dengan garam gula. Itu di proses nak makan dah.

Cara buat bubur nasi :

1 cawan beras
6-7 cawan air

Masak atas api dapur gas, biarkan dan kacau sesekali hingga nasi sudah bertukar jadi bubur. Bila tengok kanji dah mula keluar, bersedia untuk tentukan tahap mana akak suka bubur tu. Jangan terlalu hancur. Tak sodap.

Meggi, mee,mihun celur je macam biasa.

Sayur :

Gunakan kangkong,taugeh,daun ketumbar dan asam limau nipis. Bukan limau kasturi.

Kangkung dan taugeh tu rendam je dalam air panas. Tak perlu rebus.

Gambar Via Ben Safwan

Cara Gabung :

Letak mee,meggi,mihun,nasi air dalam mangkuk. Letak isi ayam,perut muda,daging or apa-apa lauk akak suka. Tambah pula sayur semua.Letak kuah secukupnya.

Baru letak 1 ½ sudu the gula halus, ½ garam, dan semua bahan rencah sikit-skit.

Perah asam limau dan gaul semua. Cuba rasa. Yang mana tak cukup lagi, tambahhhhhh.

Semua ni atas skill pembuat/pengadun mee celup.

Masa menulis ni pun Ben boleh bayang satu-satu dan menitik air liur. Jadi silakan buat dan jangan lupa ucapkan terima kasih dan follow Ben Safwan jika nak resepi kampung yang ummmphhhhh.

#bensafwanresepi

Sumber: Ben Safwan

Sofea

There's always another side to every story