Siakap Keli
Foto: Masliana Ibrahim

“Resipi Ni Dah Lebih 20 Tahun Dulu,” Wanita Kongsi Resipi Mudah Buat Popia Ketam Salju

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Korang perasan tak sebenarnya banyak makanan yang boleh kita buat menggunakan kulit popia. Ya la, kadang-kadang beli kulit popia tersimpan lama dalam peti ais. Kalau guna pun sekali dua je.

Jadi, apa yang korang boleh buat lagi dengan kulit popia ini, korang boleh cuba resipi yang dikongsi oleh Puan Masliana Ibrahim.

Katanya, resipi ini sudah 20 tahun umurnya sejak dia mula belajar di Nebraska. Paling penting, resipi ini sangat mudah dan sesuai untuk dijadikan sajian ‘hi-tea’ di rumah. Jom kita lihat bahan dan cara membikinan popia ketam salju ini.

RESEPI POPIA KETAM SALJU

Haa resepi ni saya dapat lebih 20 tahun dulu semasa belajar di Nebraska dari seorang sahabat Vietnam, Huong Le namanya.

Popia ini saya lupa dah dia panggil apa. Crab roll kot naa masa tu. Bila saya makan ni dulu, teringat kampung halaman.

Waktu tu kan jauh beribu batu, ada kawan se Asia dengan makanan ringan camni sebenarnya sangat membantu ubat kerinduan hati. Tapi paling penting, saya happy waktu tu. Sebab crab roll dia sedap.

Sekarang saya ubahlah nama yang lebih sinonim sikit dengan ambien Malaysia kita.
Dek bahannya mudah, maka sampainsekarang saya ingat cara buatnya.

Ni musim PKP ni layan dengan anak anak seronok sangat. Memang keriangan bergandalah kata orang. Sekejap jer habis makan waktu petang.

Jom buat sesama, bahan mudah jer.

  • 1 peket isi ketam (rasa saya beli peket besar hari tu)

  • 3-4 sudu besar mayonis, boleh adjust ikut suka juga

  • 3 pokok daun ketumbar

  • Kulit popia saiz besar. Saya lebih suka guna yang saiz medium tapi tak jumpa masa ni

  • Sehiris lemon
  • Secubit garam
  • 1 botol sos masam manis/sis cili Thai pun sedap
  • Semangkuk air atau putih telur untuk gam popia

Caranya pun mudah

  • Rebus isi ketam sampai masak
  • Angkat dan tapis buang air rebusan. Bila kering sikit lenyekkan isi ketam sampai separa hancur.

**Kalau suka isi hancur boleh lenyek sampai hancur jer.

  • Perah lemon untuk hilang hanyir isi ketam.
  • Gaul dengan mayonese, daun ketumbar di potong halus dan garam.
  • Ambil 1-2 sudu dan bungkus helok macam buat popia. Gamkan tepi popia dengan air atau putih telur.
  • Panaskan minyak dengan api perlahan sebelum goreng. Part ni sangat kena berhati hati untuk dapatkan gorengan cantik.

Jika api kuat ia boleh rosakkan popia ketam ni like pecah terburai isi dalamnya.

Ok siap untuk di hidang seisi keluarga.

Haha ralit duk tulis ni tiba rasa cam nak buat lagi today. Uols selamat mencuba tau.

 

Sumber: Masliana Ibrahim

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang