Siakap Keli
Kredit: NTD News

(Video) 15 Juta Tontonan, Gelagat Beruang ‘Terpengaruh’ Dengan Budak Ketika Melompat Bersama-sama

Mungkin sebelum ini kita pernah menonton kartun mengenai kisah beruang yang berkawan dengan manusia seperti rancangan Masha and The Bear.

Bagi si kecil, persahabatan sebegitu pasti mengujakan buat mereka sebagaimana buku cerita kanak-kanak yang menggambarkan beruang sebagai haiwan yang baik, comel dan baik hati.

Sepertimana kanak-kanak lelaki ini yang teruja saat melihat pak beruang di sebalik cermin dipercayai di zoo.

Jelas gembira, kanak-kanak itu melompat di hadapan kurungan yang menempatkan seekor beruang sambil mengangkat tangannya ke arah cermin berkenaan.

Aksi kanak-kanak itu kemudiannya diikuti si beruang yang turut melompat berulang kali, seakan sedang bermain bersama.

Video itu telah dikongsikan semula laman NTD News dan mendapat sehingga 1 juta sukaan di Facebook.

Sumber: NTD News

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.