Siakap Keli
Gambar: Bola Okezone

Cristiano Ronaldo Muncul Manusia Pertama Miliki Lebih 300 Juta Pengikut Di Instagram, Setiap Post Bernilai Lebih RM 5 Juta

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo pada Jumaat dilaporkan telah menjadi manusia pertama yang mengumpul lebih 300 juta pengikut di platform media sosial Instagram.

Bintang Juventus itu juga merupakan manusia pertama yang telah mengumpul 200 juta pengikut di platform yang sama sebelum ini.

Legenda WWE dan juga pelakon terkenal Hollywood Dwayne “The Rock” Johnson adalah orang kedua yang paling ramai pengikut di Instagram dengan mengumpul sebanyak 246 juta pengikut, diikuti dengan penyanyi Ariana Grande dengan 244 juta pengikut.

Satu-satunya akaun Instagram yang mempunyai pengikut melebihi Ronaldo adalah akaun IG milik Instagram sendiri.

Media sosial milik Cristiano Ronaldo juga turut digunakan sebagai platform mempromosikan pelbagai jenama.

Menurut portal Talk Sport pada 2020, Ronaldo meraih pendapatan sebanyak Pound 41.7 juta (RM 238.37 juta) sepanjang tahun berkenaan, hanya melalui posting di Instagramnya.

Ini bermakna, bagi setiap posting IG pada tahun 2020, Ronaldo membuat duit sebanyak Pound 971,000 bersamaan RM 5.5 juta.

Ketika Talk Sport menulis laporan ini, Ronaldo mempunyai 222 juta pengikut IG.

Media sosial telah muncul sebagai salah satu platform iklan yang paling popular dan para selebriti kini perlu memberi perhatian yang sama kepada akaun media sosial mereka juga.

Ronaldo, yang merupakan antara platform yang terbaik untuk mempromosikan sesuatu barangan, telah menjadikan dirinya sebagai personaliti media sosial yang paling popular dan dilaporkan telah memperoleh keuntungan dari segi kewangan yang sangat banyak melalui platform tersebut.

Ronaldo sangat aktif di media sosial dan selalu berkongsikan rutin, kehidupan dan pelbagai lagi di Instagram untuk tontonan peminat-peminatnya di seluruh dunia.

Selain 300 juta pengikut di Instagram, Ronaldo juga mempunyai 92.3 juta pengikut di Twitter dan 148 juta lagi di Facebook.

Berikut adalah senarai atlet dunia yang memiliki pengikut teramai di IG:

Sumber: Hindustan Times, The Score

Aqmal Ezany

I write what is right