Seekor kucing peliharaan di Brandenberg, Jerman cuba untuk ‘bertarung’ di hadapan cermin setelah melihat ‘kucing lain’ di depannya. Video rakaman tersebut telah dikongsikan di ruangan Facebook Daily Mail.
Menurut sumber, anak kucing bernama Claude itu telah melihat bayangan dirinya pada cermin buat pertama kali. Ketika kejadian, pemilik kucing tersebut terdengar bunyi kucing di tingkat atas dan menganggap terdapat kucing lain yang menyelinap masuk.
Sebaliknya, dia mendapati anak kucingnya itu mendesis di hadapan cermin setelah melihat dirinya sendiri.
Dikatakan, si anak kucing ini masih tidak mengerti bahawa itu adalah dirinya dan bukan binatang lain yang ingin menyerangnya.
Pemilik kucing itu sempat merakam telatah kucingnya itu dan berasa terhibur dengan kejadian tersebut.
Saksikan video penuhnya di bawah.
Sumber: Facebook Daily Mail