Astro menerusi satu kenyataan rasminya di media sosial Facebook menyatakan bahawa pihaknya memerlukan lebih banyak masa untuk membaiki sepenuhnya saluran dan isyarat satelit.
Dalam kenyataan tersebut, Astro menasihatkan kepada para pelanggannya yang terkesan supaya menggunakan perkhidmatan Astro Go dahulu buat masa ini.
Pihaknya juga turut meminta maaf atas kesulitan yang dihadapi oleh para pelanggannya.
Sumber: Astro