Siakap Keli
Gambar: npeu.ox.ac.uk

Kes Sporadik: Kebanyakan Tidak Bergejala, Tapi Boleh Menjangkiti, Ini Pesanan KKM Untuk Cegah Peningkatan Kes

Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) memaklumkan bahawa kebanyakan kes sporadik sebenarnya tidak bergejala namun masih boleh menjangkiti orang sekeliling dan orang yang tidak mengamalkan SOP dengan betul.

Infografik yang bersumberkan kenyataan akhbar KPK mengenai bahaya kes sporadik ini telah dikongsikan oleh KKM menerusi Twitter.

Kes Covid-19 sejak Januari hingga Jun yang meningkat setakat ini dipercayai sebahagiannya adalah kes sporadik, iaitu sebanyak 69% kes.

Oleh hal yang demikian, bagi mencegah dan mengurangkan kes sporadik ini, KKM berpesan pada masyarakat supaya mengamalkan SOP yang betul. Antaranya ialah:

  1. Pakai pelitup muka berganda di tempat awam
  2. Jaga penjarakan fizikal
  3. Kerap mencuci tangan atau menggunakan hand sanitizer
  4. Duduk di rumah jika tiada keperluan keluar
  5. Buat ujian/pemeriksaan jika bergejala/ kontak rapat
  6. Daftar vaksin Covid-19

Ikuti info penuhnya di bawah.

Sumber: Twitter @KKMPutrajaya

Nurul Nabila