Siakap Keli
Gambar Hiasan Via Google

Macam Mana Nak Pilih Ayam Segar? Mungkin Ramai Tak Tahu, Ikuti 4 Tips Mudah Ini

Boleh dimasak dengan pelbagai resepi, ayam menjadi salah satu sumber makanan utama kepada manusia dalam bentuk daging mahupun telurnya. Ia membekalkan sumber protein yang sangat baik untuk tubuh manusia.

Harganya juga yang jauh lebih murah dari bahan mentah yang lain menjadikan ia sebagai bahan makanan pilihan ramai.

Pun begitu, nampaknya masih ramai juga yang tidak tahu untuk memilih ayam yang segar dan berkualiti. Pemilihan ayam yang baik sangat penting kerana ia akan menjadikan masakan lebih enak.

Bagi korang yang tidak tahu cara untuk memilih ayam segar, mari ikuti empat tips yang dikongsikan oleh Ratu Fyda di bawah ini. Semoga bermanfaat.

4 TIPS PILIH AYAM SEGAR

1. Perhatikan warna daging ayam

Apabila membeli ayam, perhatikan warna di semua bahagian termasuk di paha dan di bawah kepak JUGA. Ayam yang segar akan mempunyai daging berwarna kemerah-merahan. Manakala ayam yang lama akan mempunyai warna pucat dan kekuningan kerana sudah disimpan lama dan dibekukan beberapa kali.

2. Rasakan tekstur daging ayam

Daging ayam segar akan mempunyai tekstur yang empuk apabila ditekan. Manakala ayam yang tidak segar akan tenggelam apabila di tekan.

3. Pastikan tiada bau yang kurang menyenangkan

Ayam yang segar tidak akan mempunyai bau busuk atau hanyir. Jika ayam mempunyai bau hanyir yang kuat dan tidak menyenangkan, ayam sudah lagi tidak segar dan tidak selamat untuk dimakan.

4. Perhatikan darah pada bahagian tulang

Ayam yang segar tidak akan mempunyai darah yang banyak pada bahagian tulang. Jika ayam mempunyai darah yang banyak, ia bermakna ayam sudah tidak segar kerana telah dibekukan dan dinyahbekukan beberapa kali.

#tipspilihayamsegar
#makmakhebat
#masakapeharini

Sumber: Ratu Fyda

Sofea

There's always another side to every story