Siakap Keli
Gambar: Facebook South China Morning Post

(Video) Cubaan ’Scam’ Gagal, Lelaki Dilapor Kantoi Masukkan Lipas Dalam ‘Hotpot’ Untuk Minta Pampasan Dari Restoran

Seorang lelaki didapati cuba menipu sebuah restoran di Shenzhen, China untuk mendapatkan pampasan dengan membuang lipas ke dalam periuk panas (hotpot), lapor South China Morning Post.

Menurut sumber, pelaku telah meletakkan serangga itu di atas meja dan cuba menutupnya dengan telefon.

Kemudian, dia dipercayai telah memasukkan serangga itu ke dalam hotpot sambil memasukkan sayur-sayuran ke dalamnya.

Pelaku dilaporkan telah meminta pampasan sebanyak 1,000 yuan (RM640) terhadap restoran tersebut.

Walau bagaimanapun, staf di restoran itu telah memeriksa rakaman CCTV dan akhirnya menghubungi polis.

Menurut sebuah laporan, ternyata pelaku itu sebelumnya telah menggunakan kaedah yang sama di cawangan lain dan menerima 800 yuan (RM512) dari restoran terbabit.

Kini, dia dilaporkan telah ditahan oleh polis.

Sumber: South China Morning Post

Nurul Nabila