Siakap Keli
Gambar: Valuable Stories

(Video) Dipercayai Lapar, Anjing Jalanan Bawa ‘Kawannya’ Ke Tempat Biasa Dapat Makan, Bikin Ramai Sebak

Sebilangan orang melihat anjing jalanan ini sebagai suatu bentuk gangguan dan akan berusaha melakukan macam-macam cara untuk menjauhkan diri mereka daripada haiwan ini.

Namun begitu, tidak semua orang yang akan berbuat dan beranggapan sedemikian. Terdapat banyak yayasan dan organisasi yang ditubuhkan untuk mempertahankan hak haiwan ini.

Ada juga orang yang baik hati yang prihatin dengan nasib haiwan ini. Contohnya ialah pemilik sebuah restoran di Ecuador ini.

Seekor anjing kecil yang comel berbulu hitam mula menghampiri pintu restorannya setiap hari.

Kelakuannya sangat baik dan mata kecil comelnya itu dijamin pasti akan mencuri hati semua orang yang berada di restoran berkenaan ketika dia datang.

Pemilik restoran tersebut dilaporkan tidak mampu untuk membela anjing berkenaan namun akan sentiasa menyimpan lebihan makanan untuk memastikan anjing tersebut tidak kelaparan.

Anjing tersebut difahamkan menunjukkan tanda terima kasihnya dengan mengibaskan ekornya dari sisi ke sisi, dan setiap hari anjing itu dilaporkan akan datang pada waktu yang sama.

Mereka kemudiannya menamakan anjing itu Blacky dan menerimanya sebagai pelanggan restoran berkenaan. Blacky ternyata merupakan seekor anjing yang sangat baik. Dia bahkan berkongsi keistimewaannya di restoran tersebut dengan kawan baiknya.

“Sangat mudah untuk memberi sedikit makanan kepada haiwan. Janganlah kita bersikap acuh tidak acuh kepada mereka”, komen seorang warganet.

Blacky datang dengan seekor lagi anjing jalanan yang lain dan mereka menunggu dengan penuh sabar di pintu dengan harapan pemilik restoran itu dapat menyediakan makanan kepada mereka berdua.

“Seseorang memutuskan untuk membawa rakannya dan biarlah: mari kita bagi makanan kepada kawan berbulu kita ini,” kata pemilik restoran tersebut.

Paling menarik sekali, pemilik restoran itu sangat teruja dan gembira dengan kehadiran rakan Blacky. Mereka menerimanya dengan hati yang terbuka dan berkongsi berkenaan kisah itu di internet.

Tindakan yang dilakukan oleh orang-orang ini dalam menerima anjing yang lapar itu patut jadi ikutan.

Ramai yang apabila berada dalam situasi pemilik restoran tersebut, akan menghalau mereka. Namun lain ceritanya pada pemilik restoran berkenaan.

Kadang kala, kita tidak berupaya untuk melakukan sesuatu untuk membantu haiwan yang sedang dalam kesusahan, namun pastinya pertolongan yang sedikit itu boleh menyelamatkan nyawa mereka.

Sumber: Valuable Stories

Aqmal Ezany

I write what is right