Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video) ‘Misteri’ Bawah Karpet, Wanita Terkejut Temui Garisan Berbentuk Tubuh Manusia Dengan Nombor Kes Di Lantai Rumah

Gambar: Tiktok

Seorang wanita telah mendedahkan penemuan mengejutkan apabila menemui lukisan berbentuk tubuh manusia di atas lantai rumah yang baru didudukinya, tulis Daily Star.

Dalam rakaman milik pengguna Tiktok, wanita itu mengangkat karpet rumahnya dan menunjukkan lakaran pen serta ‘kotoran’ berbentuk seperti kesan jasad manusia pada lantai.

Malah, terdapat nota ditulis berhampiran lakaran itu tertera ‘nombor kes’ bertarikh 19 Januari 2018.

“Saya tak terganggu mengetahui ada orang meninggal dunia di rumah baru saya, tapi bayangkanlah betapa terkejutnya ketika saya bongkar lantai dan temui ini,” katanya.

“Baiklah, tetapi ini sebenarnya agak menyeramkan,” tambah wanita itu.

Video itu telah mendapat lebih 5.2 juta tontonan sejak ia dimuatnaik dan menerima lebih 711 ribu tanda suka.

BACA: Cadangan KPM Murid Kelas Peperiksaan Diberi Vaksin Pfizer Dipersetujui

Video tersebut telah membuatkan orang ramai turut berasa seram. Ada antara mereka yang menyarankan agar kawasan itu dicuci bagi mengelakkan pencemaran, namun ada juga yang percaya ia hanyalah satu gurauan.

Tuang peroxide ke atas kotoran. Jika ia berbuih, itu darah

Kalau saya, terus pindah

Siapa yang pasang karpet lukis untuk menakutkan orang yang ubah karpet

Sumber: Tiktok, Daily Star

BACA: Anda Boleh Dapat Bekalan Runcit Percuma Selama 6 Bulan, Ini Caranya