Siakap Keli
Gambar: Khairunnisa Mohammad

Resipi ‘Kampung’ Buat Donat Raih 13 Ribu Perkongsian, Ini ‘Rahsia’ Nak Pastikan Donat Jadi Gebu

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kalau nak bercakap mengenai donat, sudah pasti antara yang ditekankan adalah ‘strukturnya’ yang gebu. Apa tidaknya, kalau dapat yang gebu, sudah pasti setiap gigitan itu ‘bermakna’.

Seperti yang tular di Facebook, seorang wanita ada berkongsikan resepi kampung untuk membuat donat sehinggakan meraih sekitar 13 ribu perkongsian. Apa yang menariknya, wanita dikenali sebagai Khairunnisa Mohamad itu turut membongkarkan ‘rahsia’ untuk memastikan donat yang dibuat menjadi gebu.

Jom ikuti resipi yang dikongsikan oleh beliau.

Donat untuk minum petang. Tunggu anak2 bangun satgi. Mesti syok dorang tengok donat. Resepi kampung je. 
Bahan2:
2 cawan tepung gandum
1 sudu besar yis
3/4 cawan susu segar suam
2 sudu besar gula
1 sudu besar marjerin
1 sudu kecil baking powder
Cara:
Satukan dulu yis, gula dan susu segar dalam gelas. Kacau rata. Pastu satukan tepung gandum dan baking powder dalam bekas. Tuang sebatian yis dan susu tadi. Takyah tunggu yis kembang. Kacau rata. Uli. Sis uli gitu2 je. Bila dah rata sikit, boh marjerin. Uli lagi sampai licin sikit dohnya. Pastu perap sejam. Dah perap, tumbuk doh. Bahagikan kepada beberapa bahagian. Sis timbang 50g sebiji. Pastu bulat2kan, tepek kat tapak tangan, lubangkan di tengah2 dengan jari. Yang ade acuan donat, boleh pakai acuan. Sis takde sebab dah biasa bentukkan pakai tangan. Pastu perap lagi dalam 30/40 minit. Goreng dengan api perlahan. Siap. 
Nota kaki: Nak gebu kena uli ye. Takdelah beria sangat. At least uli la dalam 8/10 minit gitu. Kalo tak uli, kami tak janji donat lembut. 
Dan adunan ni, kalo timbang 50g sebiji, dapat 10 biji.

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa