Siakap Keli
Gambar Via The Sun

Anak El Chapo Dilapor Bunuh Dan Gantung Mayat Ahli Kartel Musuh Di Jambatan Dalam Perang Dadah Di Mexico

Salah satu kartel dadah terbesar di Mexico, kartel El Chapo dilaporkan telah membunuh, menyeksa dan menggantung mayat musuh mereka di sebuah jambatan.

Menurut laporan The Sun, tiga mayat separuh bogel dengan beg di kepala dibiarkan tergantung di jambatan di bandar Fresnillo pada 19 Jun yang lalu.

Pihak berkuasa Mexico mendakwa bahawa dalang di sebalik pembunuhan itu adalah kartel El Chapo. Dakwaan tersebut juga berikutan daripada satu rakaman video pada hari sebelumnya yang memperlihatkan mereka menyoal siasat anggota pesaing dari Jalisco New Generation Cartel (JNGC).

Ketika semua mayat itu ditemui, seorang daripada mereka digantung dengan keadaan kakinya diikat, sementara dua lagi yang lain digantung di bahagian leher.

Gambar Via The Sun

Sumber berita tempatan melaporkan bahawa salah seorang dari mangsa masih lagi remaja di bawah umur.

Sementara itu, pihak polis juga mengatakan bahawa terdapat ‘mesej’ yang ditinggalkan pada badan kesemua mangsa, tetapi tidak mendedahkan lebih lanjut mengenai perkara itu.

Pembunuhan kejam tersebut dikatakan sebahagian daripada ‘kempen berdarah’ yang meluas yang dilakukan oleh kartel tersebut untuk merebut kawalan laluan perdagangan dadah utama di negeri barat, Nayarit.

‘Perang’ ganas di antara kartel bermula pada Oktober tahun lalu ketika ketua kartel El Chapo yang baru, Ismael Zambada atau El Mayo mengancam rusuhan di wilayah itu.

El Mayo mengambil alih kartel itu setelah El Chapo diekstradisi ke AS dan dipenjarakan pada tahun lalu.

Bukan itu sahaja, kartel itu juga diperkuatkan lagi dengan anak-anak lelaki El Chapo. Mereka dikatakan meneruskan ‘legasi’ bapanya ini dengan terlibat dalam ‘peperangan’ dadah yang ganas sehingga menyembelih hampir 250 orang di Mexico.

Jesus Alfredo, Ivan Archivaldo dan Ovidio Guzman dilaporkan terlibat secara aktif dalam ‘pergelutan’ melawan JNGCC.

Sumber: The Sun

Sofea

There's always another side to every story