Siakap Keli
Kredit: Daily Mail

Giliran England Bakal Tamatkan SOP Pakai ‘Mask’ & Penjarakan Fizikal, Hampir Berjaya Capai ‘Herd Immunity’

Sebelum ini Perancis dan Itali telah memansuhkan ‘kewajiban’ memakai pelitup muka dan perintah berkurung, ekoran negara berkenaan dipercayai berjaya mencapai imunisasi kelompok.

Kini, England juga dilapor bakal ‘bebas’ daripada segala sekatan COVID-19 pada 19 Julai ini berikutan turut berjaya mencapai misi yang serupa walaupun angka kes positif terus meningkat.

Berdasarkan statistik semasa, kira-kira 87 peratus golongan dewasa di England, 89 peratus di Wales, 85 peratus di Ireland Utara dan 79 peratus di Scotland sudah menerima suntikan vaksin COVID-19.

Malah secara puratanya dikatakan sembilan daripada 10 orang dewasa di seluruh United Kingdom (UK) sudah mempunyai antibodi yang cukup untuk melawan virus tersebut.

Selain itu, angka kematian yang semakin rendah juga menjadi pemangkin untuk England semakin hampir menuju ke ‘Hari Pembebasan’ (daripada sekatan) yang sepatutnya dijadualkan pada 21 Jun kelmarin.

Namun perdana menterinya, Boris Johnson terpaksa menunda ‘Hari Pembebasan’ tersebut ekoran kemunculan varian baharu, Delta yang dilapor dikesan di India baru-baru ini.

Justeru, kerajaan telah memanjangkan tempoh sekatan selama empat minggu lagi. Beberapa SOP juga dilapor bakal dimansuhkan mulai bulan depan dan berharap agar fasa ‘terakhir’ tersebut cukup untuk menamatkan segalanya.

Sumber: Daily Mail

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'