Siakap Keli
Foto: Nor Mala Jamall

Korang Kena Try Resipi Pengat Roti Kapal, Unik Dan Klasik Sajian Tradisional Orang Perak

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Orang Perak mesti kenal dengan sajian tradisional ini kan? Pengat roti kapal atau bubur roti biasanya dihidangkan sebagai pencuci mulut atau makan petang.

Resipinya sangat mudah tetapi rasanya memang sedap. Tambah pula dengan roti yang berlemak dan kuah manis memang ‘ngam’ lah kalau makan ramai-ramai dengan keluarga.

Jadi, kalau korang teringin sajian ini, korang boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh Puan Nor Mala Jamall ini. Resipinya sangat ringkas, cukup rasa dari turun temurun.

“Pengat roti kapal…”

Hanya orang perak je ke yang pandai buat dan makan pengat ni…bagi kembang betul-betul perghh sedap..orang tua dulu-dulu suka pengat ni…

Ok kita geng semua sepp sikit…

Resepi cara saya:

  • Roti kapal RM5
  • Gula kasar 5 sudu (kalau suka manis tambah lagi)
  • Santan
  • Daun pandan
  • Garam secubit

Cara-caranya:

Mula tu panaskan periuk buh(letak) gula tadi sampai cair sahaja pastu buh santan, garam, daun pandan, roti kapal masak sampai mendidih api slow dan roti tu kembang…tutup api siap.

Cara masak pengat ni sama je cam pengat pisang ke bubur manis dan lain-lain tu..

Selamat mencuba. 

 

Sumber: Nor Mala Jamall

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang