Siakap Keli

Pusat Asuahan Didakwa Cuai, Anak Autisme Yang Dijaga Dirakam Keluar Merayau Hingga Ke Jalan

ENGLAND- Seeorang kanak-kanak autisme melarikan diri dari pusat asuhan dan menyeberangi jalan sebelum diselamatkan pekerja disitu.

Rachael Heslop, ibu mangsa berang apabila melihat rakaman dashcam yang menunjukkan anaknya, Charlie, empat tahun, menyeberangi jalan utama selepas keluar dari pusat asuhan di Gateshead.

Ibu mangsa, 28 tahun, bengang dengan mendakwa Pusat Penjanggan Rumah Kanak-Kanak di Waverly Road tersebut memanggilnya pada 15 Jun selepas kejadian.

Mereka mendakwa budak itu yang melarikan diri dari guru sewaktu bermain di luar dan ditemui berhampiran tempat letak kereta.

Namun, Rachael dan suaminya, Ryan mendengar berita bahawa terdapat budak yang berlari ke tengah jalan dan mereka mencari saksi di media sosial.

Mereka menemui dua rakaman dashcam dan dua pekerja yang berada berdekatan saat Charlie berlari keluar, lapor The Sun.

“Mereka menaiki truk dan memberhentikan kenderaan mereka. Mereka menyedari Charlie tiada penjaga dan salah seorang dari mereka berlari untuk menahan Charlie dari berlari ke tengah jalan.”

“Dia menghantar Charlie kembali ke pagar pusat asuhan. Dua kakitangan pusat asuhan yang mengambil Charlie kembali. Mereka sama sekali tidak mengucapkan terima kasih,” kesal Rachael.

Rachael menangis dan terkejut melihat rakaman tersebut. Dia kesal kerana pusat asuhan tersebut tidak menitikberatkan keselamatan.

“Kami bernasib baik kerana ada yang menyelamatkan Charlie. Jika tidak, pasti Charlie telah dilanggar oleh kereta,” tambahnya.

Jurucakap pusat asuhan itu berkata, kini mereka sedang membuat siasatan.

Sumber: The Sun

Atiqah Aliah