Siakap Keli
Gambar: Bernama

TERKINI: 5,812 Kes COVID-19 Baharu Dicatatkan Hari Ini, Jumlah Kes Keseluruhan Kini Melebihi Angka 720k Kes

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa terdapat 5,812 kes positif COVID-19 baharu yang dicatatkan pada hari ini.

Menerusi perkongsian di akaun Twitter rasminya, 5,812 kes baharu yang dicatatkan pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 meningkat kepada 722,659 kes.

Daripada jumlah kes baharu yang dilaporkan pada hari ini, Selangor sekali lagi menjadi negeri yang mencatatkan kes positif harian tertinggi dengan 2,187 kes.

Kes positif di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencatatkan kenaikan berbanding semalam sekali gus menjadikan negeri kedua tertinggi yang mencatatkan kes positif harian dengan 771 kes.

Sarawak pula berada di kedudukan negeri ketiga tertinggi dengan mencatatkan sebanyak 673 kes.

Negeri-negeri lain masih kekal mencatatkan ratusan kes kecuali Terengganu dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Negeri Perlis pula pada hari ini dilaporkan tidak mencatatkan sebarang kes positif baharu.

Sumber: Noor Hisham Abdullah

Aqmal Ezany

I write what is right