Siakap Keli

(Video) “Dah Sampai Bulan Kawan Tu…” Si Bulus Buat Hal, Syok Cium Bontot Oyen Sampai Ternganga Mulut

Tak tahulah kenapa, asal namanya ‘kucing’ mesti akan buat hal. Boleh dikatakan dalam banyak-banyak haiwan, kucing ni paling ‘wanted’ dalam senarai haiwan ternakal di dunia.

Kalau dipecahkan lagi ‘suku kaum’ dalam keluarga kucing, baka yang paling ‘top’ ialah Oyen. Namun kali ni, bukan Oyen yang buat hal seperti selalunya…tapi kawan dia.

Dalam video yang dikongsikan di laman Twitter Bulu-Bulu Kehidupan di bawah ini, kelihatan seekor ‘si bulus’ sedang syok mencium bahagian sulit si Oyen.

Yang kelakarnya lepas si bulus ni angkat kepala, dia macam terkebil-kebil sikit sampai ternganga mulutnya. Agaknya syok sangat kot layan bau telur Oyen yang masam tu. Jom tonton video ini.

Sumber: Twitter Bulu-Bulu Kehidupan

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.