Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

“Abang Kata Macam Mimpi,” Adik Dapat Jumpa Semula Abang Kandung Lepas 20 Tahun Terpisah

Edayu
Foto: Nor Faziera

Mungkin ini takdir yang perlu dilalui oleh seseorang yang rindukan pelukkan kasih sayang seorang abang. Pastinya mereka merindui saat gurau senda bersama abang tercinta.

Seperti kisah yang dikongsikan oleh wanita ini di laman Facebooknya berkata dia sangat bersyukur apabila menemui abangnya yang terpisah sejak 20 tahun lalu.

Terdahulu, wanita ini yang dikenali sebagai Faziera Tarmizhi berkongsi maklumat kepada orang ramai supaya mencari abang kandungnya kerana ayah di rumah sangat merindui abangnya yang hilang sejak 20 tahun lalu.

Bismillahirahmanirrahim…

Terima kasih semua sahabat yang mendoakan dan kuasa viral. Alhamdulillah syukur dah bertemu kembali selepas 20 lebih tahun… Abang kata macam mimpi.

Siapa yang tidak gembira kan kalau salah seorang ahli keluarga yang lama mnghilang kembali bertemu semula. Semoga ikatan mereka sekeluarga lebih erat dan bahagia.

Sumber: Faziera Tarmizhi