Semau orang tahu, buaya ini merupakan haiwan reptilia yang ganas dan agresif. Kisah buaya membaham manusia ini sering didengar di Sabah dan Sarawak sehingga menyebabkan kematian.
Sudah tentu haiwan ini bukanlah spesis yang ‘manja’ dan boelh jadi sahabat bukan?
Namun lain pula cerita yang tular baru-baru ini di mana salah seorang penjaga Taman Buaya di Melaka berkongsi beberapa video di mana dia sedang menjalankan kerja pembersihan di kawasan buaya dan ada seekor buaya yang dikenali sebagai Aris ‘ajak’ bergurau.
Video yang dikongsikan ini mendapat lebih 1 juta tontonan disebabkan ramai yang terhibur dengan cara penjaga Taman Buaya ini membebel saat diganggu oleh sang Aris.
“Tak Ada masa nak bergurau… diam! Orang banyak kerja dia sibuk nak bergurau…”
@bedamau marah2 syg ARIS2😘🐊TAMAN BUAYA&REKREASI MELAKA
” Jangan sama sebok Aris ni“
@bedamau sama sebok aris ni😅
Sumber: Bedamau