Siakap Keli
Gambar: Bernama

Boleh Tak Nak Mohon i-Citra Tapi Dah Pernah Mohon i-Lestari & i-Sinar? Ini Jawapan Daripada KWSP

Semalam, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan bahawa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan memperkenalkan kemudahan pengeluaran baharu iaitu i-Citra.

Kemudahan pengeluaran sehingga Rm5,000 itu boleh mula dimohon pada 15 Julai ini melalui laman web rasmi KWSP.

Walaupun begitu, ada juga persoalan yang bermain di dalam minda ahli adakah mereka masih boleh memohon i-Citra walaupun sudah memohon i-Lestari dan i-Sinar sebelum ini.

Menerusi perkongsian daripada Twitter tadi, KWSP mengingatkan ahli tidak perlu risau kerana mereka masih boleh membuat permohonan.

Tambah kenyataan itu juga, mereka juga tidak perlu menunggu sehingga bayaran i-Sinar selesai.

Sumber: KWSP

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa