Siakap Keli
Gambar: Bernama

COVID-19: Dukacita, 107 Kes Kematian Dilaporkan Hari Ini

Negara sekali lagi mencatatkan kes kematian berkaitan COVID-19 yang mencecah ratusan iaitu sebanyak 107 kes pada hari ini.

Menerusi ciapan infografik yang dimuat naik akaun Twitter rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), 107 kematian itu menjadikan jumlah kumulatif kes kematian di Malaysia meningkat menjadi 5,108 kes.

Dalam pada itu, kes baharu positif COVID-19 yang dicatatkan pada hari ini dilaporkan meningkat berbanding semalam.

Negara mencatatkan sebanyak 6,437 kes positif baharu pada hari ini.

6,437 kes positif tersebut menjadikan jumlah kes keseluruhan kes COVID-19 yang dilaporkan bertambah menjadi 745,703 kes.

Jumlah kes aktif yang dilaporkan pula adalah sebanyak 62,844 kes. Daripada jumlah itu, sebanyak 905 kes dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 455 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Aqmal Ezany

I write what is right