Siakap Keli

FIFA Iktiraf Dato’ Mokhtar Dahari, Tempat Ketiga Penjaring Gol Terbanyak Di Pentas Antarabangsa Sepanjang Zaman

Dalam kejohanan EURO 2020 baru-baru ini, Cristiano Ronaldo berjaya menyamakan kedudukan sebagai penjaring terbanyak di pentas antarabangsa bersama pemain dari Iran, Ali Daie.

Apa yang menariknya, dalam ciapan terbaru FIFA sebagai badan induk bolasepak dunia turut mengiktiraf lagenda Harimau Malaya, Allahyarham Mokhtar Dahari berada di tempat ketiga dengan 89 gol bersama skuad kebangsaan.

Mokhtar Dahari berada di satu tahap yang sama, bersama pemain bertaraf dunia. Begitu besar sumbangan Mokhtar Dahari dalam sejarah bola sepak negara dan tidak salah selama ini kita mengangkat Allahyarham sebagai lagenda sepanjang zaman.

Semoga ada pemain Malaysia yang lain turut mengikut jejak langkah Mokhtar Dahari mengharumkan nama negara.

Sumber: FIFA.com

 

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)