Sedap betul kan lauk sotong. Tak kiralah masak sambal atau goreng celup tepung, menu berasaskan sotong ni antara menu anti-gagal untuk menambat hati pencinta makanan laut.
Lagi best bila dapat sotong segar bersaiz besar. Nikmatnya hingga menjilat jari. Tapi ingat, nak masak sotong ni ada seninya tersendiri supaya sotong tak liat atau mengecut. Silap cara, sotong besar tapak tangan pun boleh kecut tinggal besar kelingking.
Ada banyak cara untuk pastikan sotong tak mengecut ketika masak, antaranya dengan memasukkan sotong pada saat akhir dan hanya masak sekejap menggunakan api besar.
Selain itu, anda juga boleh ikut tips dikongsikan saudari Zin Rose Perodua dalam group Masak Apa Hari Ni (MAHN) di bawah.
Ambil ni petua nak bagi sotong tak mengecil saiznya bila dimasak.. Mula-mula siang sotong, buang semua tulang sotong.
Lepas cuci masukkan kepala sotong ke dalam badan sotong tu supaya senang nanti takde la badan ke lain kepala ke lain.
Rebus sotong 5-8 minit bersama 4 atau 5 keping asam keping. Hasilnya, bila masak sotong tak hanyir dan saiznya maintain tak mengecut. Tak la nanti masa beli besar sotongnya, bila masak kecik jadinya.



Selamat mencuba!
Sumber: Zin Rose Perodua via Masak Apa Hari Ni
BACA: MYDIN Buat ‘Gila’, Nak Beri Hadiah & Duit Raya Ribuan Ringgit Buat Anda
BACA: Cadangan KPM Murid Kelas Peperiksaan Diberi Vaksin Pfizer Dipersetujui