Siakap Keli

(Video) Tak Guna ‘Stunt Man’, Adam Corrie ‘Throwback’ Aksi Gaduh Masa ‘Shooting’ KL Gangster 2

Siapa yang pernah tonton filem aksi KL Gangster (2011), mesti cukup kenal dengan watak Dragon. Ramai penonton berpendapat, watak ‘Dragon’ yang cukup samseng, ganas dan berwajah ‘taiko’ itu sangat sesuai dengan pelakonnya, Adam Corrie.

Kebanyakan filem aksi sama ada dalam mahupun luar negara umumnya akan menggunakan khidmat ‘stunt man’ pada babak tertentu. Tapi berbeza bagi Adam Corrie, dia menyatakan bahawa babak gaduhnya sebagai ‘Dragon’ adalah aksinya sendiri.

Menerusi satu perkongsian di laman TikTok, Adam Corrie hari ini memuat naik satu rakaman aksi bergaduh dengan watak Jai (Datuk Adi Putra) ketika di set penggambaran.

Kata Adam: “Untuk dapatkan aksi yang terbaik, kena buat yang terbaik.”

@adamcorrie_

#throwback #KLG2 #adamcorrie #dragon #fyp #actionmovie

♬ Gangsta’s Paradise (feat. L.V.) – Coolio

Ramai netizen yang pernah menonton KL Gangster 2 begitu teruja dengan klip video ini. Malah ada antara mereka yang ‘rindu’ dengan penampilan watak samseng ‘Dragon’ yang pernah dilakonkannya.

Tak guna ‘stunt man’

Menariknya, setiap babak yang dilakonkan kesemua pelakon filem ini adalah daripada aksi sendiri dan tidak menggunakan ‘stunt man’.

Tidak cukup dengan itu, segala ‘sepak terajang’ yang mereka lakukan itu turut terkena pada badan masing-masing.

Tapi bak kata pepatah, ‘alah bisa tegal biasa’. Bagi pelakon ‘lejen’ macam Adam Corrie, nak bersakit-sakit badan demi menghidupkan watak dan aksi bukanlah satu masalah besar baginya.

Sumber: TikTok / FB Adam Corrie

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.