Siakap Keli

Pemain Bass Kumpulan Spider, Tony Iskandar Meninggal Dunia

Pemain bass kumpulan terkenal tanah air, Spider, Tony Iskandar telah menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 2.30 pagi.

Memetik daripada sumber Awani, Allahyarham dikatakan meninggal sewaktu berehat di studio rakaman Luncai Emas milik seniman Datuk M Nasir di Sungai Buloh.

Berita pilu ini turut dikongsikan oleh rakan seperjuangan, pemain gitar kumpulan Exist, Along di laman Instagramnya awal pagi tadi.

“Pergi lagi seorang sahabat aku. Al fatihah buatmu Tony. Semoga Allah Swt tempatkan mu dikalangan orang beriman. Amin”

“Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.”

 

 

Sumber: Astro Awani, Along Exist

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.