Siakap Keli

(Video) Tindakan Anjing Ini Berikan Susu Kepada Anak Kambing Viral Di Twitter

Sebuah video menarik perhatian apabila seekor anjing memberikan  susu kepada anak kambing.

Video pendek itu dikongsikan di Twitter oleh pemilik akaun Buitengebieden, namun, tidak didedahkan lokasi tempat kejadian.

Video itu menunjukkan anjing tersebut memegang botol dengan menggunakan mulutnya agar anak kambing tersebut dapat meminum susunya dengan mudah.

Oleh itu, video yang dimuatnaik pada 3 Julai itu mendapat perhatian dikongsikan lebih 600 dan mendapat tanda suka sebanyak 5.7 ribu.

Sumber: Twitter

Atiqah Aliah