Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Bersalah Langgar Peraturan Sekatan Pergerakan Di Indonesia, Penjaga Tandas Tak Mampu Bayar Denda RM29, Rela Dipenjara

Sofea
Gambar Via Suara.com

Seorang penjaga tandas di Indonesia yang telah didapati bersalah melanggar peraturan sekatan pergerakan atau Pemberlakuan Pembatasan Kegiatan Masyarakat (PPKM) Darurat rela dipenjarakan kerana tidak mampu membayar denda.

Lelaki yang berasal dari Serang, Banten itu dilaporkan telah didenda sebanyak 100,000 rupiah (RM29).

Menurut Suara.com, lelaki itu memilih untuk dipenjarakan selama sehari kerana tidak mempunyai wang dengan jumlah tersebut.

Hukuman itu dijatuhkan dalam perbicaraan atas kesalahan jenayah kecil di Dataran Barat Kota Serang pada Rabu lalu.

Bukan sahaja lelaki itu, seramai 40 lagi penduduk di situ menjalani perbicaraan tersebut kerana melanggar peraturan PPKM. Perbicaraan tersebut diadakan oleh Polis Banten dan Mahkamah Daerah Serang.

“Mereka merupakan masyarakat awam iaitu peniaga, pemilik kedai dan buruh dan ditangkap dalam serbuan oleh petugas menerusi operasi PPKM Darurat,” kata Ketua Polis Banten, Inspektor Jeneral Rudy Heriyanto.

Sementara itu, Hakim Mahkamah, Uli Purnama pula mengatakan bahawa individu yang didapati melanggar peraturan dikenakan hukuman yang berbeza.

“Menurut peraturan daerah, kami akan menjatuhkan hukuman denda kerana sudah termaktub dalam peraturan tersebut. Denda adalah sebanyak 100,000 rupiah hingga 200,000 rupiah (RM57) atau penjara selama satu hingga tiga hari,” katanya.

Sumber: Suara.com