Ultimate Fighting Championship (UFC) merupakan seni bela diri campuran (MMA – mixed martial arts) dari Amerika Syarikat yang pertama kali dianjurkan pada tahun 1993. Setelah hampir 30 tahun diperkenalkan, tak sedikit petarung yang berjaya menempa nama dari perlawanan UFC ini.
Antara nama yang tidak asing lagi adalah Khabib Nurmagomedov, Conor McGregor, Dustin Poirier dan ramai lagi. Walaupun perlawanan UFC ni ramai peminat, tapi sejauh mana pengetahuan kita pasal UFC ni?
Jadi, ini lima fakta menarik tentang UFC yang mungkin ramai tak tahu.
1. Gelanggang UFC inspirasi dari filem
The Octagon, gelanggang lapan segi yang sangat ikonik dengan perlawanan UFC sebenarnya diinspirasikan daripada sebuah filem 80-an. Menurut pereka pertama The Octagon, Jason Cusson, gelanggang UFC diinspirasikan oleh filem “The Octagon” lakonan Chuck Norris yang ditayangkan di era 1980-an.

2. New York haramkan UFC
New York merupakan negara terakhir yang membenarkan UFC setelah mengharamkannya pada tahun 1997. Walaubagaimanapun, pada tahun 2016, Gebenor Cuomo menandatangani perjanjian yang menarik semula larangan tersebut. New York kini turut menjadi salah satu negara yang menganjurkan UFC.

3. Tali pinggang UFC bernilai RM1.3 juta
Juara dari setiap kelas UFC akan menerima UFC Legacy Championship Belt dengan ukiran nama masing-masing. Tali pinggang ini diperbuat daripada emas dan bernilai kira-kira $333 ribu (RM1.3 juta) setiap satu.

4. Petinju UFC tertinggi berketinggian lebih 2 meter
Stefan Struve dinobatkan sebagai petarung UFC tertinggi dan diberi gelaran ‘The Skyscrapper’ atau pencakar langit. Petinju UFC dari Netherlands ini berketinggian tujuh kaki atau 2.13 meter.

5. UFC asalnya tiada kelas berat
Macam yang kita tahu, UFC dibahagikan kepada beberapa kelas berat. Walaupun begitu, kelas berat ini hanya wujud bermula UFC 12, pada tahun 1997. UFC pada awalnya hanya memperkenalkan dua kelas berat iaitu lightweight (199 pound ke bawah) dan heavyweight (200 pound ke atas) sebelum dibahagikan kepada 12 kelas berat seperti hari ini.

Sumber: Essentially Sports, ESPN, UFC, The Guardian