Siakap Keli

Nak Masuk Pusat Membeli-belah Wajib Dapat Suntikan Vaksin Dahulu Di Perancis Bermula Bulan Ogos

Presiden Perancis, Emmanuel Macron mewajibkan semua petugas kesihatan di Perancis untuk mendapatkan vaksin Covid-19 sebelum 15 September ini memandangkan varian Delta yang melanda di negara itu melonjak kembali kes Covid-19.

Semasa pengumuman tersebut dibuat, presiden tersebut berkata kakitangan kesihatan, petugas rumah kebajikan pesara dan petugas lain akan mendapat suntikan pada minggu hadapan hingga September ini.

Beliau mendesak semua penduduk di negara tersebut untuk mendapatkan vaksin secepat mungkin untuk melawan wabak virus yang kian mengancam ekonomi negara berkenaan.

Bermula Ogos depan, beliau mewajibkan kepada semua penduduk yang ingin ke restoran, pusat membeli belah atau hospital dan mereka yang ingin menaiki kereta api dan kapal terbang untuk mendapatkan vaksin terlebih dahulu.

Tambahnya lagi, untuk lebih berkesan, individu yang ingin ke tempat-tempat orang ramai perlu sertakan bukti terkini ujian saringan Covid-19. Dalam usaha mengekang penularan wabak dan meningkatkan vaksinasi, belau juga mengumumkan penggunaan pas Covid-19.

Pada masa yang sama, beliau telah menghentikan beberapa kawasan ‘lockdown’ dan berkata “kita perlu belajar cara baharu untuk hidup bersama virus tersebut.”

 

Sumber: NBCNEWS

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.