Siakap Keli
Gambar: makassar_iinfo

(Video) ‘Bocor’ Kepala Kalau Kena, Kipas Siling Ligat Memusing Tiba-tiba Jatuh Nyaris Timpa Kepala Budak

Satu video yang memaparkan kipas yang tergantung di siling secara tiba-tiba terjatuh ketika sebuah keluarga sedang makan telah menjadi tular di media sosial.

Video tersebut bermula dengan pemandangan sebuah keluarga yang sedang asyik menjamah makanan bersama di ruang tamu rumah mereka.

Kemudian, secara tiba-tiba kipas yang tergantung di kawasan tempat mereka menjamah makanan itu telah terjatuh.

Tidak dapat dipastikan di mana kejadian tersebut berlaku namun mujur kipas itu tidak mengenai dan mencederakan kesemua mereka.

Video tersebut lantas menjadi tular, sehingga kini ianya telah ditonton lebih 250 ribu kali.

 

 

 

Sumber: makassar_iinfo

Aqmal Ezany

I write what is right