Siakap Keli

Sunway Group ‘Buat’ Hal, Tak Sangka Gara-gara ‘Layan’ Stafnya Macam Ni, Terus Menjadi Perhatian Dunia

Pernah terfikir, sebenarnya ada berapa banyak syarikat yang ditubuhkan di atas muka Bumi ni? Dari sekecil-sekecil syarikat hingga sebesar-besar firma, berapakah jumlahnya? Ribu, puluh ribu, ratus ribu, juta atau berapa?

Boleh jadi juga, mungkin ratusan juta jumlahnya. Apple, Amazon, Intel, Google, Tesla, Samsung, Rakuten, Shell, Petronas, Maybank dan Sunway Group antara beberapa gergasi terkemuka di dunia dan dalam negara yang biasa kita dengar setiap hari.

Tapikan, daripada sebegitu besar jumlahnya, pasti ada syarikat-syarikat ini diiktiraf sebagai majikan terbaik dan paling menarik kan? Sebenarnya, banyak syarikat-syarikat besar dari Malaysia turut diiktiraf sebagai majikan terbaik dan paling menarik, tapi jarang-jarang sekali syarikat-syarikat ini diletak sebaris gergasi dunia seperti IBM, Nestle, HP, Samsung dan sebagainya.

Sunway Group baru-baru ini berjaya mengharumkan nama Malaysia apabila muncul satu-satunya syarikat tempatan yang berjaya memasuki TOP 10 Majikan Paling Menarik Ranstad Malaysia. Saingannya bukan calang-calang, 75 syarikat antaranya gergasi dunia seperti Nestle, Samsung, HP dan IBM.

Tan Sri Chew Chee Kin, Presiden Kumpulan Sunway

Kalau diikutkan dengan jumlah syarikat yang ada di dunia ini, pencapaian Sunway Group ini memang amat membanggakan lah. Korang tentu tertanya-tanya kan, apa yang Sunway Group buat hingga dapat pengiktirafan hebat ini?

Pekerja gembira, syarikat berjaya

Rahsia yang ramai tak tahu, Sunway Group berada di pentas setinggi ini adalah kerana layanan ‘kelas pertama’ yang diberikan kepada para pekerjanya. Ya, itulah falsafah yang digenggam erat oleh Sunway Group sejak dahulu lagi.

Percaya atau tidak, walaupun banyak syarikat lain yang terjejas dan mungkin terpaksa memberhentikan pekerja, Sunway Group sebaliknya terus mengekalkan faedah gaji yang menarik dan menguntungkan buat pekerjanya.

Gambar diambil sebelum pandemik COVID-19.

Walaupun beroperasi dalam keadaan tekanan tinggi ketika COVID-19 melanda dunia, Sunway Group berupaya untuk mengekalkan kesemua lebih 16,000 pekerjanya yang berkhidmat di 50 lokasi di seluruh Asia.

Tiada prejudis, semua dilayan sama rata

Di tempat lain, mungkin kita pernah mendengar keluhan ada kaum tertentu atau jantina tertentu je yang diberi keutamaan, selalunya dalam hal kenaikan pangkat dan gaji. Berbeza di Sunway Group, layanan yang diberi adalah sama rata.

Tanpa mengira latar belakang kaum, jantina dan umur, semuanya dilayan secara adil dalam suasana kekeluargaan. Perbezaan yang ada sentiasa dirai dan dihormati. Jadi, tak peliklah Sunway Group diberi jolokan syarikat berbilang kaum yang menggambarkan wajah Malaysia yang sebenar.

Bakat-bakat tempatan sentiasa diberi ruang dan pendedahan untuk berkembang. Kalau korang nak tahu, 94 peratus jawatan dalam pentadbiran senior Sunway Group sebenarnya diisi oleh warganegara Malaysia tau.

Gambar diambil sebelum pandemik COVID-19.

Walaupun sebaris dengan syarikat-syarikat gergasi, keluarga Sunway Group sebenarnya diisi oleh tenaga kerja muda. 73 peratus kakitangan bukan eksekutif terdiri daripada anak muda berusia bawah 40 tahun, manakala untuk jawatan eksekutif, jumlahnya adalah 69 peratus.

Korang boleh rujuk dekat infografik bawah ni. Sebab tu, tak hairanlah kalau anak muda berlumba-lumba nak menyertai Sunway Group.

Sunway Berhad Sustainability Report 2020

Selain itu, Sunway Group juga sentiasa memupuk budaya kerja berprestasi tinggi dan waktu kerja fleksibel, tetapi pada masa yang sama memberikan insentif dan bayaran yang setimpal atas penat lelah para pekerjanya.

Syarikat untung, pekerja pun untung. Selain pulangan dalam bentuk gaji yang lumayan, staf juga mendapat faedah seperti ruang untuk bersosial, bergerak dan mengembangkan potensi diri bersama Sunway Group.

Gambar diambil sebelum pandemik COVID-19.

Semua suara adalah penting, wajib didengari

Bila bincang pasal ‘suara’ dalam syarikat ni, selalunya suara yang berpangkat sajalah yang didengari dalam syarikat kan? Yang baru join, memang kena duduk tepi dulu la.

Tapi, lain pula di Sunway Group. Semua suara adalah penting dan wajib didengari. Tak kisahlah apa kedudukan korang dalam syarikat, baik cadangan mahupun aduan, akan diberi perhatian yang sewajarnya.

Malah, staf-stafnya memang dididik untuk memberi pendapat setiap masa tau. Jika ada yang tidak kena dengan tempat kerja ataupun mahu majikan buat penambahbaikan, hanya perlu suarakan kepada pihak pengurusan. Yang baiknya, bila suara staf selalu didengari, Sunway Group dapat menilai prestasi pekerjanya dengan lebih adil, tidak menyalahkan secara sebelah pihak kalau ada benda negatif berlaku.

Gambar diambil sebelum pandemik COVID-19.

Sunway Group paling awal bertindak bila dilanda COVID-19

Macam yang kita semua dah tahu, COVID-19 ini benar-benar membuatkan ramai pihak terkesan. Banyak syarikat tidak dapat beroperasi, orang ramai kehilangan pekerjaan ataupun pendapatan berkurangan.

Bila pandemik melanda, Sunway Group bertindak pantas dengan People-first Approach. Usaha-usaha mengikut plan Pencegahan, Kesediaan, Respon & Pemulihan yang ditetapkan syarikat sekaligus keadaan semua stafnya di seluruh lokasi berjaya dipantau dan diurus dengan sebaik mungkin.

Kit kesihatan diberikan kepada staf secara percuma

Walaupun diarahkan bekerja dari rumah, pihak pengurusan sentiasa berhubung dengan para pekerjanya melalui sesi ‘town hall’ maya’. Disini, apa-apa perkara berbangkit boleh disuarakan, malah kaji selidik sentiasa dibuat untuk mengenal pasti keadaan staf ketika pandemik.

Selain itu, para pekerja turut dibekalkan dengan kit kesihatan seperti topeng muka, vitamin c, hand sanitizer, sarung tangan dan seluruh kawasan pejabat disanitasi secara berkala.

Program Bantuan Pekerja (EAP) juga diaktifkan dimana antara perkhidmatan yang diberi adalah talian hotline untuk mana-mana staf yang memerlukan sesi kaunseling bagi menguruskan kesihatan mental dan juga mendapatkan penyelesaian bagi masalah seperti masalah keluarga dan kewangan.

Tak dapat buat overtime, Sunway Group bagi baucar tunai

Bagi pekerja-pekerja bukan eksekutif yang terjejas pendapatan kerana tidak dapat membuat kerja lebih masa, mereka diberikan baucar tunai untuk meringankan beban. Pekerja-pekerja barisan hadapan dan perkhidmatan perlu yang berkhidmat dibawah Sunway Group akan menerima insentif selain makanan disediakan ketika bertugas.

Manakala bagi pekerja yang disahkan positif COVID-19 dan tinggal di kawasan berkepadatan tinggi, pihak Sunway Group akan membekalkan barang dapur selain akan mensanitasikan kediaman mereka.

Salah satu inisiatif paling bermakna dari Sunway Group adalah subsidi penjagaan kesihatan yang diberikan kepada anak-anak pekerjanya.

Mereka juga boleh memilih untuk mengintegrasikan waktu bekerja dengan waktu bersosial melalui Kelab Sosial Sunway, mengambil Ujian Kesihatan Pekerja dan menikmati diskaun staf. Dengan inisiatif ini, Sunway Group muncul konglomerat Malaysia pertama berjaya merangkul 3 trofi utama dalam Aon Best Employers Malaysia 2018.

Dengan semua inisiatif menguntungkan para pekerja, tak hairanlah Sunway Group menjadi satu-satunya konglomerat jenama tempatan yang diangkat sebaris dengan jenama-jenama besar lain.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.