Siakap Keli

Nak Beli Satu Barang Je, Abang Ni ‘Terkejut’ Dengan Layanan ‘Customer Service’ Alibaba Dari China

Biasanya kalau barangan rumah sudah rosak, kita mesti akan merujuk semula kepada bahagian perkhidmatan pelanggan pengilangnya kan? Tujuannya adalah untuk bertanyakan maklumat lanjut mengenai pembaikan, waranti dan sebagainya.

Namun seperti yang kita tahu, tidak semestinya barang alat ganti yang kita mahukan itu masih ada stok, tidak kurang juga berkemungkinan agak sukar untuk mendapatkannya jika ianya memang tidak ada di kebanyakan tempat.

Baru-baru ini, seorang warga Group Facebook Tukang Apa Hari Ini (TAHI), Shaari Mohd Noor mahu membeli alat ganti untuk komponen ketuharnya yang sudah rosak. Puas sudah mencari alat tersebut di kedai-kedai namun tidak dijumpai.

Ia mungkin tiada stok berikutan barangan itu memang produk asal dari China dan dikilangkan di sana. Beliau cuba menghubungi satu demi satu syarikat penjualan dalam talian ternama namun gagal mendapatkannya.

Sehinggalah pencariannya ini ‘terhenti’ di syarikat jualan dalam talian terbesar di China, iaitu Alibaba. Bagai tidak disangka, apa yang beliau mahukan memang ada. Tapi di sebalik itu, ada pengalaman lebih menarik yang dilaluinya.

Jom ikuti perkongsiannya seperti di bawah ini.

Gambar: Shaari Mohd Noor

Saya nak share sikap peniaga besar (kilang) di China yang kita patut contohi.

Betullah. Tuntutlah ilmu walaupun sampai ke negeri China. Saya nak share sikap peniaga besar (kilang) di China yang kita patut contohi. Beberapa hari selepas PKP bermula, oven Zanussi saya yang berusia 17 tahun (tak pernah problem) rosak.

Trip elektrik satu rumah. Saya pun buka perut oven tu (DIY) dan dapati heating element rosak. Maklumat yang saya dapati daripada seorang pakar elektrik, jenama Zanussi di Malaysia telah pun pupus. Harapan nak cari alat ganti yang sama, tipis.

Selepas PKP dilonggarkan, saya pergi cari di kedai sparepart elektrik yang besar-besar di Penang tapi tak ada. Cuma ada satu kedai yang cakap, dia boleh order. Saya bayar deposit dan tunggu satu minggu. Tapi bila sampai, tak sama langsung.

Gambar: Shaari Mohd Noor

Saya mula cari di internet dari Shopee, Lazada, Mudah.my dan melarat ke Amazon. Semua tak ada. Saya teringat Jack Ma. Saya pun cari di Alibaba. Ada satu kilang besar. Saya cuba contact. Jam 12 malam.

Tanpa saya sangka ada jawapan malam itu juga tapi dia tulis “Di negara saya tengah malam, esok kita berurusan lagi” dalam Bahasa Inggeris. Esoknya dia contact saya dan bagi sebut harga hingga berjuta unit. Dia fikir saya tauke kilang elektrik kot.

Saya nak tulis “Saya nak satu saja” pun teragak-agak sebab tak fikir mereka akan layan saya. Tapi saya tulis jugalah sebab tiada pilihan lain. Agak mengejutkan mereka cakap “No problem” walaupun saya tempah satu unit sahaja.

Gambar: Shaari Mohd Noor

Setelah setuju dengan harga, urusan diteruskan. Kos penghantaran lebih mahal dari harga heating element. Kos semua menghampiri RM260. Saya tahu mahal tapi saya nak terus belajar profesionalisme mereka.

Lebih mengejutkan mereka design semula heating element hanya untuk saya mengikut saiz, bentuk, power (voltan) dan kuasa (watt) yang saya nak. Selepas dua minggu menunggu, barang sampai.

Saya pun pasang sendiri secara DIY dan berfungsi dengan baik. Memang kosnya mahal tapi ilmu dan pengalaman lebih mahal..

Gambar: Shaari Mohd Noor

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet memuji sikap yang ditunjukkan oleh penjual berkenaan dan boleh dijadikan contoh ikutan ramai. Malah, harga yang dikenakan dikatakan murah jika dibandingkan dengan masa dan usaha yang ditunjukkan oleh penjual tersebut.

Memang ‘respect’ habis cara dia layan customer

Cara dia bekerja, kita kena ikut

RM260 dikira murah untuk masa dan ‘effort’ dia

Bagus sharing macamni

Sumber: Shaari Mohd Noor melalui TAHI

"