Siakap Keli
Gambar: PDRM

“Saya Nak Cabut Dulu Rentas Negeri, Sebelum Orang Kampung..,” Usik-Usik PDRM Tentang Kambing Di SJR Bikin Terhibur

Baru-baru ini, Polis Diraja Malaysia menerusi Facebook telah berkongsikan foto petugas barisan hadapan negara yang sedang menjalankan tugas mengawal laluan pada waktu pagi Selasa (20/7).

Namun, apa yang dapat dilihat di kawasan SJR itu ialah seekor kambing yang ‘turut serta’ bersama petugas-petugas itu. Mungkin merisaukan keadaannya yang ‘tidak selamat’ pada pagi Raya Korban itu lalu ‘cabut lari’ daripada tuannya untuk merentas ke tempat lain.

Melihatkan keadaan itu, pihak PDRM sempat membuat kapsyen usikan tentang gelagat kambing tersebut dengan menulis, “Tumpang lalu tuan… Saya nak cabut dulu rentas negeri, sebelum orang kampung datang cari saya sekejap lagi…

Ekoran daripada perkongsian yang menghiburkan itu, warganet tidak melepaskan peluang untuk sama-sama menambah hiburan di ruangan komen. Antara komen yang ditulis ialah:

‘Mungkin lari daripada jadi korban’

‘Kambing turun padang jadi frontliners’

‘Kambing datang dari unit mana..’

‘Uniform askar nampak menarik’

‘Mesti frontliner tak percaya kalau ada orang cari kambing ni semula..’

‘Jadikan santapan pun ok kambing ni..’

Sumber: Polis Diraja Malaysia

" "