Siakap Keli
Bernama & Majlis Sukan Negara Malaysia (Kamarul Akhir)

“Jangan Ejek & Kecewakan Mereka,” Lee Chong Wei Terkilan Tengok Komen Salahkan Pemain Ketika Kalah, Patut Sokong Mereka

Datuk Lee Chong Wei menyatakan rasa kekesalan terhadap komen-komen negatif yang dilemparkan warganet di sosial media mengenai pemain badminton yang tewas di Olimpik baru-baru ini.

Dalam kenyataan yang ditulis menerusi Facebook miliknya itu, beliau menyatakan bahawa setiap perlawanan ada menang dan kalah. Tambahnya, tiada siapa yang ingin masuk ke dalam gelanggang untuk kalah, mereka juga mempunyai satu tujuan iaitu memenangi perlawanan untuk bendera di dada.

“Tiada atlet yang mahu kalah. Tetapi itulah kenyataan, setiap perlawanan, pasti ada satu kalah, satu yang menang. Kadang-kadangan ia bukan hari anda”

“Yang layan depan TV pun dah heart attack dan kecewa, apalah lagi pemain dalam gelanggang?

Tiada siapa yang mahu masuk gelanggang dan kalah. Pemain ini pernah berikan kegembiraan kepada anda sebelum ini. Jangan mengejek dan mengecewakan mereka ketika kalah”

Menurut beliau lagi, pemain-pemain ini pernah membawa kemenangan pada Malaysia. Jadi,  semua penyokong seharusnya tetap kekal memberi sokongan dan tidak menghamburkan kata-kata ejekan pada mereka.

Sumber: Lee Chong Wei

Nurul Nabila