Siakap Keli
Gambar: Facebook Sufri Jamaluddin

(Video) Abang Ni Kongsi Petua Mudah Wangikan Peti Ais, Hanya Guna Esen Vanila

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Peti sejuk merupakan satu perkakasan penting yang wajib ada di setiap umah. Segala jenis makanan akan disimpan tidak kira makanan kering atau basah.

Namun, jika disimpan dengan barang makanan yang banyak, peti sejuk boleh mengeluarkan bau yang busuk atau tidak menyenangkan. Mungkin ada bahan-bahan yang sudah tamat tempoh tapi kita tidak perasan untuk membuangnya.

Jangan risau kerana masalah itu boleh diatasi dengan mudah menerusi tips yang dikongsikan oleh saudara Sufri Jamaluddin di Group Facebook Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official.

Hanya menggunakan esen vanila, peti ais yang berbau kini boleh menjadi wangi tanpa menjejaskan bau dan rasa pada makanan yang disimpan. Caranya sangat mudah, tuangkan esen vanila pada sehelai kain atau tisu dan lapkan di dalam peti sejuk anda!

Gambar: Facebook Sufri Jamaluddin

Tips mewangikan peti sejuk di rumah.

Maaf ye lari dari nama group sikit. Tapi video ini tetap melibatkan proses penyediaan makanan harian kita di rumah. So dalam kita nak menyediakan makanan, kekemasan di dapur adalah kunci kepada mutu kebersihan makanan yang kita buat yerr 

p/s: Saya record video ni masa saya tengah kerja di balai. Time ni saya nak masak untuk rakan-rakan kerja. That’s why saya sedang pakai uniform. Harap tak ada yang salah faham. Btw, loghat yang saya cakap ni bukan loghat perak ye. Orang kiter lapor diri sikit kat komen.

@sufri_jamaluddin

Cara mewangikan peti ais 🤫

♬ Bholi Si Surat – Shahrukh Khan

Meninjau ke ruangan komen, warganet menyatakan tips ini sangat berkesan dan mudah untuk diaplikasikan.

“Memang wangi.”

“Saya dah try. Menjadi weh…”

“Menjadi weh. Wangi.”

Tonton video di sini:

@sufri_jamaluddin

Cara mewangikan peti ais 🤫

♬ Bholi Si Surat – Shahrukh Khan

Sumber: Facebook Sufri Jamaluddin via Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official

"