Siakap Keli

Kenali Jenis-jenis Gergaji Yang Sesuai Untuk Kerja-Kerja DIY, Tukang ‘Beginner’ Wajib Baca

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Dalam kerja-kerja pertukangan, salah satu alatan penting yang wajib digunakan ialah gergaji. Terdapat banyak jenis gergaji yang boleh digunakan, sama ada jenis manual (tangan) atau mesin.

Bagi ahli tukang, kebiasaannya mereka akan menggunakan mesin gergaji untuk membuat kerja-kerja berskala besar. Namun tahukah anda, terdapat empat jenis gergaji mesin yang perlu kita kenali sebelum menggunakannya mengikut kesesuaian projek.

Jom ikuti perkongsian oleh warga Group Facebook Tukang Apa Hari Ini (TAHI), Fauzi Maulud seperti di bawah. Semoga bermanfaat.

Kenali jenis-jenis gergaji yang sesuai untuk kerja-kerja DIY, ahli tukang ‘beginner’ wajib tahu

Assalamualaikum, malam ni share sikit info gergaji apa yang sesuai kita beli untuk DIY.

Nota: cerita ini dikarang bukan untuk otai kerja kayu, sesuai untuk beginner yang mencari gergaji apa yang sesuai untuk projek DIY mereka.

Kali ini saya share 4 jenis gergaji elektrik yang boleh kita beli berdasarkan kegunaan DIY kerja kayu.

Gergaji tersebut adalah:

  1. Circular saw (paling saya suka)
  2. Jigsaw (paling saya fail guna)
  3. Mitre saw (sentiasa guna dalam banyak projek DIY)
  4. Table saw (berani guna bila dapat jenis yang bunyi nyaman)

Untuk kategori gergaji 1 dan 2, kita bawa tools pergi ke kayu/papan kita nak potong. So kalau saiz playwood besar 4 x 8 pun kita mudah nak kerjakan dengan setup yang bagus, serta bantuan jig/guide/fence yang available.

Untuk kategori gergaji nombor 3 dan 4 kita bawa kayu kepada tool. So biasanya, saiz besar-besar payahlah nak bawa ke dia. Contoh, tiang kayu 8″ x 6″ nak potong dengan mitre saw.

Kayu besar, payahlah nak gayakan potong guna mitre saw. Atau playwood saiz 8 x 4 nak pergi bawa ke table saw yang DIY agak payah melainkan kita dah buat table saw extension. So biasa kita dah sizing dengan circular saw baru bawa ke table saw, lagi-lagi buat DIY sorang-sorang.

Ok, jom kita sembang sikit apa yang basic setiap gergaji ni:

1. Circular saw

Gambar: Fauzi Maulud
  • Guna untuk potongan lurus, belah boleh, potong boleh
  • Dengan bantuan jig/guide/fence, mudah nak belah playwood besar jadi kecik (projek kabinet)
  • Buat tanggam pun ngam. Senang adjust kedalaman mata yang masuk kayu
  • Potong kayu jadi panjang kita nak pun mudah, lagi-lagi dengan adanya jig simple yang saya share semalam
  • Circular saw ni banyak saiz. Saya suka yang kecik, tapi power sebab handy. Paling besar pernah tengok Youtube model Makita, 13″ kot
  • Kalau cordless, saya sangat cadangkan saiz 6.5″ all rounder lah
  • Bab mata pulak, kita pilihlah yang sesuai dengan material kita nak potong/belah. Kalaulah kita nak belah slab, hardwood tebal, long cut, guna mata 24T. Kalau playwood ambik mata 40T. Kalau nak endgrain halus, gunalah 60T ke
  • Ada pertanyaan; boleh ke nak guna potong besi CC guna circular saw? Boleh je, tukar mata circular saw tu dengan mata untuk potong besi. Cold cut, macam blade Diablo

2. Jigsaw

Gambar: Fauzi Maulud
  • Gergaji paling tak pandai saya guna
  • Agak susah nak buat potongan lurus, kalau 4″ ke 5″ ok la. Kalau long cut, buat jig ok la
  • Specific gergaji ni untuk potong corner
  • Kelebihan dia boleh potong pelbagai bahan, tukar je mata yang sesuai
  • Potongan lurus pun tak setuju guna circular saw
  • Bunyi biasanya tak kacau jiran sangat berbanding circular saw

3. Mitre saw

Gambar: Fauzi Maulud
  • Ada dua jenis biasanya, compound atau sliding. Model hybrid macam Ismahar Ismail (warga TAHI) tu dia kacuk table saw + mitre saw. Tengok FB dia kalau nak faham
  • Fungsi utama mitre saw ini untuk cross cut atau potong kayu, bukan belah kayu
  • Kelebihan sliding mitre saw ni cross cut capacity dia besar. Bolehlah potong sampai 12″ lebar kayu atau papan ikut saiz blade, berbanding compound mitre saw
  • Sliding mitre saw juga mudah untuk kita buat tanggam sebab fungsi sliding dia
  • Kelebihan nak potong pada angle yang banyak, boleh tukar/laras base dia ikut angle nak potong
  • Boleh juga buat bavel cut (angle masa mata turun potong kayu). Sending blade dia vertical pada angle tertentu
  • Lain-lain takda apa sangat

4. Table saw

Gambar: Fauzi Maulud
  • Saw ni macam-macam boleh guna. Sangat menarik untuk sizing kayu, buat tanggam
  • Cross cut cun, rip cut cun
  • Rasanya paling bahaya kalau salah teknik masa menolak kayu dalam proses membelah dan memotong. Tengok Youtube
  • Pemilihan blade macam circular saw, nak belah cari mata 24T, 40T, combination 50T. Nak cross cut dan dapat end grain cun ambiklah 80 ke, 90 ke
  • Tapi kalau memang guna untuk playwood, ambik mata banyak 50T 60T pun ok. Kalau chipboard cari mata lagi banyak gigi

Ok, cukuplah sedikit-sebanyak perkongsian info dari noob untuk noob. Harap bermanfaat. Nak tanya lebih-lebih nanti kita seru sifu kayu dalam ni. Kih kih kih. Mohon tengok gambar tools yang saya sebut (di atas).

Sumber: Fauzi Maulud melalui Tukang Apa Hari Ini / Red Team Fans

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.