Siakap Keli
Gambar Via Kompas.com

Degil Main Sabung Ayam Ketika Perintah Berkurung, Lelaki Dihukum Berjemur Tengah Panas 2 Jam Dengan Set Penuh PPE

Seorang lelaki di Kecamatan Sukasada, Bali dilaporkan telah dihukum memakai baju PPE selama dua jam kerana didapati telah menyabung ayam ketika negara itu sedang menjalani perintah berkurung.

Menurut Kompas.com, lelaki itu juga telah didenda sebanyak Rp 1 juta (RM292.25).

Difahamkan, lelaki itu ditahan oleh Agensi Ketenteraman Awam,  Kabupaten Buleleng (Satpol PP) ketika dalam satu serbuan di Dusun Buana Sari, Kabupaten Sukasada.

Hukuman yang diberikan kepada lelaki itu menunjukkan ketegasan pihak berkuasa di Bali yang pada ketika ini masih lagi dalam pelaksanaan sekatan pergerakan COVID-19.

“Kegiatan seperti itu (sabung ayam) pasti akan membuatkan orang-orang berkerumun, ketika kami sampai di lokasi, ia memang terjadi,” kata Ketua Agensi Ketenteraman Awam, Putu Artawan.

Lelaki yang menganjurkan sabung ayam itu memberi alasan bahawa dia melakukannya kerana tidak mendapat bantuan dari segi kewangan.

“Katanya, dia melakukannya kerana masalah ekonomi, dia juga tidak dapat sebarang bantuan ,” Artawan.

Jelasnya, dia sangat kesal kerana kegiatan itu masih berlangsung di tengah-tengah pandemik yang melanda di wilayah itu.

Sumber: Kompas.com

Sofea

There's always another side to every story