Siakap Keli
Gambar: Hafizi.Zain

(Video) Ini Cara Nak Kesan ‘Pencuri Wifi’ Rumah Korang, Terus ‘Delete’ Peranti Mencurigakan

Mungkin ramai yang pernah mengeluh Wifi di rumah agak perlahan pada masa-masa yang tertentu. Disebabkan itu, pelbagai urusan sama ada penting ataupun sekadar melayari media sosial akan menjadi lambat, malah boleh tergendala.

Dah bayar mahal bulan-bulan, tapi masih perlahan? Mungkin ada yang beranggapan bahawa perkara itu disebabkan oleh penggunaan oleh banyak peranti. Kalau peranti di dalam rumah yang sama tidak mengapa, tapi bagaimana jika ada orang asing yang menggunakan Wifi rumah kita? Atau lebih senang faham, Wifi kita dicuri.

Walau bagaimanapun, korang tidak perlu risau kerana ada cara untuk mengenal pasti siapakah yang ‘mencuri’ Wifi anda sehingga menjadi slow.

Seperti yang dikongsikan oleh saudara Hafizi Zain, dia mengesyorkan penggunaan aplikasi  Fing – Network Tools yang boleh dimuat turun dia Playstore telefon bimbit korang. Sekiranya ada peranti yang meragukan, korang juga boleh terus padam dan peranti tersebut tidak lagi boleh menggunakan Wifi anda.

Untuk mengetahui cara mengesan ‘pencuri’ Wifi rumah anda, lihat video di bawah, siap ada ‘step by step’ dan cara nak delete peranti asing yang menggunakan Wifi rumah anda tanpa kebenaran.

@hafizi.zain

Jom Detect Sape Pencuri Wifi Rumah Korang! 😈 #tiktokguru #viral #tipswifi #tiktokmalaysia #tiktokindonesia #foryou

♬ Epic Music(842228) – Pavel

Sumber: Hafizi Zain

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa