Siakap Keli

Ratu Terpantas Olimpik, Thompson-Herah ‘Sapu Bersih’ Pingat Emas Acara 100m Dan 200m

Atlet olahraga dari Jamaica, Elaine Thompson-Herah merangkul juara dalam acara lari 200 meter kategori wanita sebentar tadi.

Thompson-Herah menamatkan larian dengan catatan 21.53 saat. Sementara, C.Mboma daripada Namibia merangkul perak  dengan catatan masa 21.81 saat dan G.Thomas mendapat pingat gangsa dengan catatan masa 21.87 saat.

Thompson pernah memenangi pingat emas untuk larian 100 meter dan 200 meter pada sukan temasya Olimpik 2016. Hari ini, beliau berjaya mempertahankan gelaran tersebut dan mencatat masa kedua terpantas dalam sejarah.

Sumber: AFP

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang