Siakap Keli
Gambar: Bernama

TERKINI: Pembatalan Ordinan-ordinan Darurat Oleh YDP Agong Tidak lagi Berbangkit Setelah Proklamasi Darurat Tamat 1 Ogos – PM

Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi Kenyataan Media sebentar tadi memaklumkan bahawa proses pembatalan ordinan-ordinan darurat oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sepertimana yang disembah nasihat oleh Jemaah Menteri pada 23 Julai 2021 tidak dapat disempurnakan.

Dengan berakhirnya Proklamasi Darurat pada 1 Ogos 2021, berdasarkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, pembatalan ordinan-ordinan darurat oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong tidak lagi berbangkit.

Tambah kenyataan itu, selaras dengan titah pandangan YDPA dan peruntukan Perkara 150 (3) Perlembagaan Persekutuan, suatu usul uun tuk membahas dan seterusnya mengungkaikan ordinan-ordinan darurat berkenaan boleh dibawa dalam sidang Parlimen yang dijadualkan berlangsung pada bulan September 2021.

Usul tersebut juga akan dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri esok dan diharapkan dapat selesaikan polemik berkaitan perkara ini.

Sumber: Muhyiddin Yassin

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa