Siakap Keli
Gambar: shuibsepahtu

Shuib Kongsi Ayash Affan Dah Buka Mata, Syukur Bayi Pramatang Lahir 7 Bulan Bergerak Aktif

Pelakon dan pelawak terkenal Shuib Sepahtu, memaklumkan bahawa anak mereka yang baru sahaja dilahirkan pramatang 7 bulan semalam kini berada dalam keadaan stabil.

Menurut perkongsian di akaun Instagram rasminya, dia telah diberitahu oleh doktor bahawa anaknya yang bernama Ayash Affan itu telah berada dalam keadaan stabil dan bergerak aktif.

“Doktor Faiz HUKM bagitau alhamdulillah pagi ni dia dah bukak mata, kaki dah menendang nendang, tangan bergerak aktif dan keadaan baby stabil,”tulisnya.

Ekoran daripada itu, dia menyatakan rasa kesyukuran dan berterima kasih kepada semua yang telah mendoakan kesihatan bayinya itu.

“Ya Allah syukur, ini juga berkat doa korang semua yang tak henti-henti mendoakan kesihatan Ayash. Saya balikkan doa-doa kalian, semoga korang juga dipermudahkan segala urusan, diberi kesihatan yang baik, terhindar dari segala kemudaratan insyaAllah Amin,”tulisnya lagi.

Sumber: shuibsepahtu

Aqmal Ezany

I write what is right