Siakap Keli
Kredit: Wan Luqman

Mudah Nak Buat, Resipi Ayam Goreng Ala Indonesia Untuk Hidangan Ayam Penyet Bikin Terliur

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kadangkala, menu ringkas seperti ayam atau ikan goreng dengan kicap pun sudah membuka selera. Namun sekali sekala, mesti kita nak menu berlainan, kan?

Jika anda seorang yang sibuk dan tak sempat nak hasilkan hidangan yang rumit, tak perlu risau. Kali ini SK nak share resipi ayam goreng versi Indonesia dikongsikan oleh saudara Wan Luqman yang bakal menambat hati anda.

Hanya menggunakan beberapa bahan sahaja, resipi perapan ini mungkin menjadi kegemaran anak-anak anda sekeluarga.

Jom baca perkongsiannya di bawah.

Kalau dah boring dengan ayam goreng kunyit yang selalu buat tu, boleh try ni pulak. Resepi asal untuk buat ayam goreng untuk hidangan ayam penyet. Jadi kander namakan dia ayam goreng indonesia.

Ayam Goreng Ala Indonesia

Bahan sangai

1sb jintan putih
1sb jintan manis
1sb biji ketumbar

Bahan hiris

2 ulas bawang rose / bawang merah saiz kecik
1inc halia
3 ulas bawang putih

Cara-cara

1. Satukan semua bahan ni dan tumbuk lumat.

2. Gaulkan bahan lumat tadi bersama setengah ekor ayam.

3. Masukkan 1-2 sudu tepung beras, serbuk kunyit, serbuk kari ayam, 1biji telur (saiz kecik), garam dan sedikit air untuk cairkan bancuhan ni. Pastikan tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat. The best, perapkan selama 1-2 jam di dalam peti dahulu.

4. Panaskan api dan goreng sehingga garing. You will thank me later betapa sedapnya ayam goreng ni nanti.

Kredit: Wan Luqman

Sumber: Wan Luqman

Amira

Love yourself.