Siakap Keli
Gambar: rahimr2

(Video) Sentiasa Di Sisi, Rahim Sepahtu Sarung PPE Temani Shuib Urus Jenazah Isteri

Pada baru-baru ini, pemergian selebriti terkenal tanah air iaitu Siti Sarah Raisuddin sangat memberi kesan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Ucapan takziah serta doa daripada warganet seluruh Malaysia kepada Allahyarham sehingga ke hari ini masih lagi tidak putus-putus di media sosial.

Sahabat handai serta rakan karib suami Allahyarham juga turut tidak terlepas memberikan kata-kata semangat kepada Shuib agar terus kuat menghadapi dugaan yang telah ditakdirkan itu demi anak-anaknya yang masih lagi kecil.

Namun begitu, tindakan Rahim Sepahtu yang juga merupakan rakan seperjuangannya di dalam kumpulan Sepahtu yang tidak hanya memberikan kata-kata semangat kepadanya, malahan turut menawarkan diri memakai sut PPE menemani sahabat baiknya menguruskan jenazah isteri itu telah meraih pujian ramai.

Menerusi satu perkongsian video yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok bernama @shahrulazwa7, kelibat Rahim Sepahtu yang turut menyarung sut PPE sambil cuba untuk menenangkan Shuib telah meraih perhatian.

@shahrulazwa7

Respect giler kat bro rahimsepahtu ni,sama2 memakai PPE urus jenazah isteri sahabat baik,#respect #fyp

♬ original sound – ❤️𝖋𝖎𝖊𝖟𝖆 #𝖙𝖗𝖎𝖇𝖊769 ❤️ – ❤️𝖋𝖎𝖊𝖟𝖆 #𝖙𝖗𝖎𝖇𝖊769 ❤️

Tindakan Rahim itu telah mencerminkan bahawa nilai sahabat diwaktu susah dan senang itu perlulah sentiasa diterapkan.

Rahim juga turut ada berkongsikan satu perkongsian di akaun Instagram rasminya dengan menzahirkan kata-kata semangat kepada sahabat baiknya itu supaya terus kuat dan tabah dalam menghadapi dugaan kehilangan insan yang tersayang.

Percaya atau tidak, kebahagiaan dan kesedihan dalam kehidupan itu akan silih berganti. Sekuat mana pun kau jaga, yang pergi tetap pergi.

Terkadang pertemuan & perpisahan terjadi terlalu cepat tapi percayalah kenangan dan perasaan kekal selamanya.

Beberapa orang akan pergi dalam hidup mu tapi bukan bererti kisah mu berakhir, yang berakhir hanyalah bahagian mereka dalam kisah hidup mu.

Hanya yang benar2 meninggalkan jejak dihatimu akan benar2 kekal diingatan mu. Semoga kau terus tabah @shuibsepahtu

 

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by rahimsepahtu (@rahimr2)

 

Warganet yang melihat perkongsian tersebut kemudiannya bertindak memuji tindakan yang dipamerkan Rahim itu.

Sumber: rahimr2, @shahrulazwa7

Aqmal Ezany

I write what is right