Siakap Keli
Gambar: JPN

Permohonan Cabutan Sijil Kelahiran Secara ‘Online’ Kini Dibuka, Ini Cara Nak Mohon Ibu Ayah Perlu Tahu

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Malaysia, melalui laman sosial rasmi membuat hebahan Permohonan Cabutan Sijil Kelahiran kini boleh dibuat secara atas talian, tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan JPN.

Bagi yang ingin membuat Permohonan Cabutan Sijil Kelahiran, boleh klik pada pautan ini dan ikuti panduan yang ditetapkan JPN di bawah:

1. Pengguna hendaklah membaca semua terma dan syarat yang telah disenaraikan.

2. Jika setuju dengan terma yang disenaraikan, sila klik pada butang SETUJU untuk meneruskan permohonan.

3. Pengguna perlu memilih kategori permohonan sebagai pemilik atau waris.

4. Waris terdiri daripada:-
i. Ibu Bapa,
ii. Adik-beradik atau
iii. Pasangan

5. Jika pengguna memilih kategori sebagai “Pemilik”, sila lengkapkan borang permohonan tersebut.

6. Manakala jika pengguna memilih kategori permohonan sebagai “Waris”, borang permohonan seperti berikut akan dipaparkan.

7. Berikut adalah paparan bagi permohonan yang berjaya didaftarkan, sila klik butang Cetak Slip Permohonan.

8. Pengguna boleh mencetak slip permohonan untuk dibawa ke kaunter bagi urusan selanjutnya.

9. Jika permohonan gagal didaftarkan, pengguna perlulah hadir ke kaunter yang berdekatan dengan anda.

10. Sila klik butang “OK” untuk kembali ke halaman Terma dan Syarat untuk log keluar.

Sumber: JPN

Eyla Azri