Siakap Keli
Gambar via IKEA

IKEA Damansara & Cheras Telah Dibuka Untuk Individu Lengkap 2 Dos Vaksin

Baru-baru ini, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pembukaan semula 11 sektor ekonomi untuk negeri-negeri Fasa 1 dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi individu yang telah menerima vaksinasi lengkap.

Dengan itu, cawangan IKEA di Damansara dan Cheras kini telah dibuka untuk individu lengkap vaksinasi, bermula jam 10 pagi hingga 8 malam.

Individu yang telah lengkap vaksinasi perlu memenuhi syarat berikut:

  • Individu yang menerima vaksin dua dos (Pfizer, AstraZeneca dan Sinovac) perlu melepasi 14 hari selepas dos kedua
  • Individu yang menerima vaksin satu dos (Johnson & Johnson dan CanSino) perlu melepasi 28 hari dari tarikh vaksin

Semua restoran, bistro, Swedish Food Market dan cafe di IKEA hanya dibuka untuk penghantaran dan bawa pulang sahaja.

Untuk IKEA di cawangan-cawangan lain masih belum beroperasi hingga notis berikutnya dikeluarkan.

Sumber: IKEA

 

Eyla Azri