Siakap Keli
Gambar: KKM & Bernama

Hanya Dapat Satu Beg Darah Di Dewan Sri Pinang, KKM Rayu Warga P.Pinang Tampil Derma Darah

Hanya satu sahaja beg darah berjaya diperoleh dalam Kempen Derma Darah yang dijalankan di Dewan Sri Pinang, Pulau Pinang.

Oleh itu, Kementerian Kesihatan malaysia (KKM) melalui laman Facebook rasmi menyeru warga Pulau Pinang yang layak menderma darah untuk sama-sama menghulurkan bantuan kepada pesakit yang memerlukan.

Gambar: KKM

Sejak Jun lalu, bekalan darah di Hospital Pulau Pinang semakin susut berbanding permintaan yang tinggi untuk kegunaan pesakit.

Bagi sebarang pertanyaan lanjut,  hubungi: 04-2225161 atau mesej terus ke Facebook Derma Darah Penang.

Sumber: KKM, Derma Darah Penang

Eyla Azri