Siakap Keli
Gambar: TikTok @syhdakml

(Video) “Bila Doktor Bagitahu Saya Kena Kanser, Saya Sebut Alhamdulillah, Terima Kasih Allah,” – Ustaz Hanafiah

Disahkan menghidap penyakit sudah pasti sukar untuk dihadapi kebanyakan orang. Tambahan pula penyakit merbahaya yang boleh membawa maut seperti kanser.

Perasaan bila mendengar berita itu hanya Tuhan yang tahu. Terbayang wajah ahli keluarga apabila tahu yang mereka bakal kehilangan orang tersayang kelak.

Namun ustaz ini mengambil penerimaan berbeza akan penyakit kanser yang dihadapinya.

Melalui video yang diunggah di akaun TikTok @syhdakml, pendakwah bebas, Ustaz Hanafiah Abd Malek hanya mengucap Alhamdulillah apabila diberitahu doktor yang dia menghidap penyakit kanser.

“Bila doktor bagitahu saya kena kanser, saya sebut Alhamdulillah.

“Terima kasih Allah dalam juta-juta orang dalam dunia, kau pilih aku kena kanser, Alhamdulillah.

“Pada saya kanser tak ada apa-apa, ia hanya hadiah daripada Allah.

“Hadiah daripada Allah kadang-kadang Allah bungkus dengan bungkusan yang dipanggil musibah.

“Kita bukak bungkusan tu elok-elok, kita akan jumpa hadiah yang indah. InsyaAllah.

“Orang lain tak rasa keindahan iaitu kemanisan iman, ketenangan jiwa,” kata Ustaz Hanafiah dalam video tersebut.

@syhdakml

#dakwah #fypシ #ujianhidup

♬ original sound – Manusia 🍃 – Manusia 🍃

“Hati yang keras turut tersentuh”

Menjengah ke ruangan komen, warga net turut tersentuh mendengar ucapan Ustaz Hanafiah tentang penerimaannya terhadap penyakit yang dihadapi. Tak kurang juga yang mendoakan kesihatan Ustaz Hanafiah semakin membaik.

Sumber: TikTok @syhdakml

Eyla Azri